Thursday, May 22, 2008

Bab 2

Bab 2 MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Tanah Melayu selepas kekalahan Jepun
Setelah Jepun kalah pada tahun 1945, Parti Komunis Malaya (PKM) telah menguasai Tanah Melayu selama 14 hari dan melakukan keganasan sehingga menimbulkan keadaan huru-hara.
Oleh itu, British memperkenalkan Pentadbian Tentera British (PTB) atau British Military Administration (BMA) sekembalinya ke Tanah Melayu.

Keganasan 14 hari
PKM melalui cawangan tenteranya yang dikenali sebagai Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA) telah mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu selama 14 hari.
MPAJA telah menggunakan lambing tiga bintang dan dikenali sebagai tentera Bintang Tiga
Mereka telah menguasai bandar dan daerah kepada penduduk kampong.
PKM menjalankan keganasan yang tidakberperikemanusiaan selama 14 hari.penting di seluruh Tanah Melayu.
Mereka menjalankan undang-undang sendiri dengan menjatuhkan hukuman kepada orang yang bekerjasama dengan Jepun.
Mereka juga mengenakan cukai kepala, cukai harta dan cukai tanah yang tinggi.

Pentadbiran Tentera British (PTB)
1. Diperkenalkan pada September 1945.
2. Diketuai seorang ketua pegawai Hal Ehwal Awam bernama Sir Ralph Hone.
3. Tujuannya untuk melaksanakan suatu pentadbiran peralihan sebelum sebuah pentadbiran awam diperkenalkan.
4. Kejayaan PTB:
Menghapuskan penguasaan PKM melalui MPAJA atau tentera bintang tiga.
Mewujudkan keamanan dan menegakkan undang-undang supaya dipatuhi.
Memujuk PKM dan MPAJA menyerahkan senjata.
Mengawal dan memberhentikan insiden pergaduhan antara kaum di beberapa buah
tempat di Tanah Melayu.

Malayan Union
Pada 1 April 1946, kerajaan Malayan Union telah diishtiharkan oleh British di King House (Carcosa Seri Negara), Kuala Lumpur.
Sir Edward Gent dilantik menjadi Gabenor yang pertama.
Tujuan penubuhan Malayan Union:
Membentuk satu bangsa Malayan Union
Menjimatkan perbelanjaan pentadbiran dan menjamin terus penguasaan British
Mengurangkan dan mengawalkuasa politik
Mewujudkan suatu pentadbiran yang cekap dan seragam
Parlimen British
Gabenor Malayan Union
Majlis Eksekutif
Majlis Undangan
Majlis Raja-Raja Melayu
Persuruhjaya Negeri-Negeri
Bentuk pentadbiran Malayan Union

Ciri-ciri Malayan Union
Mengubah status Tanah Melayu daripada negeri naungan menjadi Tanah Jajahan Mahkota.
Mewujudkan satu pentadbiran yang bersifat kesatuan.
Merupakan usaha pihak British untuk mengukuhkan pengaruh politik dan ekonomi di Tanah Melayu.

Ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union.
Negeri-negeri Melayu Bersekutu, negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu dan dua negeri selat digabungkan dalam satu unit politik kecuali Singapura.
Malayan Union akan diketuai oleh seorang Gabenor British yang dilantik oleh Ratu England.
Majlis Kerja dan Majlis Undangan Malayan Union diadakan.
Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli menjadi asas kerakyatan Malayan Union.
Raja-raja menjadi ahli Majlis Melayu yang hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir.
Parlimen British menjadi pemutus undang-undang Malayan Union.
Reaksi Penduduk Tempatan Terhadap Malayan Union
Kebanyakan orang Melayu menentang Malayan Union tetapi ada juga yang menyokong.

Faktor penentangan
Penghapusan kuasa raja-raja Melayu
Kehilangan tamadun Melayu
Kerakyatan yang terlalu liberal
Membantah tindakan Sir MacMichael menekan raja-raja Melayu.

Demonstrasi secara aman
Orang-orang Melayu telah mengadakan demonstrasi secara damai semasa Sir Harold Mac Michael memperoleh tandatangan dariada raja-raja Melayu.
Berlaku di Kota Bharu, Kelantan dan Alor Setar, Kedah.
Persatuan-persatuan Melayu ditubuhkan atau dihidupkan semula sebagai alat untuk menentang Malayan Union secara berorganisasi.

Kongres Melayu pertama
Diadakan pada 1 sehingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Bharu,Kuala Lumpur, Dihadiri 41 persatuan dari sluruh Semenanjung Tanah Melayu.
Kongres menubuhkan United Malays National Organization (UMNO) atau Pertubuhan Melayu Bersekutu (PEKEMBAR) menentang Malayan Union yang diketuai oleh Dato’ Onn Jaafar.
Kongres telah mendapat sambutan yang hebat.

Kongres Melayu kedua
Diadakan pada 30 Mac hingga 31 Mac 1946 untuk membantah pengishtiharan Malayan Union yang akan diadakan pada 1 April 1946.
Sembilan orang wakil persatuan-persatuan telah hadir
Diadakan di pejabat akhbar Majlis di Kuala Lumpur
Memutuskan tiga perkara penting sebagai tindakan lanjut menentang Malayan Union:
Meminta raja-raja Melayu memulaukan majlis perlantikan Sir Edward Gent Sebagai Gabenor Malayan Union.
Berkabung selama tujuh haridengan melilitkan hain pada songkok
Meminta ahli-ahli Melayu yang dilantik menganggotai sebarang majlis-majlis pentadbiran Malayan Union yang dilantik memboikot perlantikan itu
__________________________________________________________________________________
NOTA RINGKAS:
1. Ketuanan Melayu- Semangat cintaklan apa sajaha yang berkaitan dengan Bangsa Melayu spt hak politik, bahasa,kebudayaan,warisan,adat istiadat & tanah air . TanahMelayu dianggap sebagai tanah pusaka orang melayu.
2. Kekosongan Politik- Satu masa atau keadaan dalam negara atau negeri yang tidak mempunyai sebuah kerajaan atau pemerintah.
Mengadakan rapat umum
Mengadakan rapat umum semasa L.D.Gammans dan David Rees Williams di setiap Bandar besar untuk menunjukkan bantahan mereka.
Lawatan ahli-ahli Parlimen England ini diadakan pada bulan Mei 1946.tujuannya adalah untuk melihat sejauh mana orang Melayu benar-benar menentang Malaya Union.
Orang Melayu telah berkumpul di Singapura, Johor Bahru, Muar, Batu Pahat, Rembau, Seremban, Klang, Kuala Lumpur, Ipoh, Alor Setar dan Geargetown. Mereka membawa sepanduk mengutuk Malayan Union.

Peranan kaum wanita
Di Batu Pahat, Cikgu Zahara Abdullah telah berucap menentang Malayan Union.
Di Rembau, Halimahton Majid telah mengetuai wanita membuat ucapan membantah Malayan Union.
Di Selangor, Persatuan Kaum Ibu Selangor telah menentang Malayan Union.

Penubuhan UMNO 1946
Tujuan penubuhan UMNO

UMNO 1946
DITubuhkan untuk menentang Malayan Union.
Menyatukan orang Melayu dari seluruh Tanah Melayu
Mengadakan organisasi nasional.
Menjaga kepentingan politik dan ketuanan melayu.
Memajukan politik orang Melayu.
Melindungi kepentingan dan belum bersedia untuk
menuntut kemerdekaan.


UMNO 1949

Menjalankan sebuah parti siasah yang sempurna
sebagai penyatu bangsa Melayu.
Menjalankan ikhtiar dan langkah pendidikan kerajaan yang merdeka .
Memajukan orang Melayu dan menjadi pelindung kedaulatan tanah air.
Mula menuntut kemerdekaan.



Perjuangan tokoh UMNO

Dato’ Onn Ja’afar
Pengasas UMNO
Menerima pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar dan di England
Pernah menjawat jawatan sebagai Pegawai Tadbir Johor dan seorang wartawan yang terkenal.
Pada tahun 1946, dilantik menjadi Menteri Besar Johor kerana memulihkan keamanan di Batu Pahat semasa berlaku pergaduhan kaum yang dahsyat.
Dengan kerjasama beberapa pemimpin Melayu yang lain, beliau telah berjaya menganjurkan Kongres Melayu yang diadakan pada tahun 1946 di Kuala Lumpur.
Menyatukan orang Melayu dan akhirnya menumbangkan Malayan Union merupakan sumbangan beliau yang terbesar.
Berjaya memujuk raja-raja Melayu agar memulaukan upacara pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union.
Menjadi ahli jawatankuasa yamg menggubal Perlembagaan UMNO pada tahun 1949.

Dato’ Panglima Bukit Gantang
Merupakan Setiausaha Agung UMNO yang pertama.
Nama sebenar Abdul Wahab bin Abdul Aziz
Mendapat pendidikan di Anderson School, Ipoh, Perak dan Inner Temple, England
Menubuhkan Perikatan Melayu Perak dan menyokong Kongres Melayu untuk menumbangkan Malayan Union
Menjadi Ketua Bahagian UMNO Perak dari tahun1948 hingga 1953

Dato’ Nik Ahmed Kamil
Seorang Ahli Jawatankuasa UMNO Pusat dan Ketua UMNO Kelantan
Mendapat pendidikan di Sekolah Majlis Agama Islam, Kota Bharu dan Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Lincoln’s Inn, London, England dan menjadi seorang peguam yang bertauliah.
Pernah menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum menjadi Menteri Besar Kelantan pada tahun 1948 hingga 1955

Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba)
Seorang intelektual melayu yang terlibat dalam Kongres Melayu pada tahun 1946
Mencadangkan supaya menambah perkataan “kebangsaan” ke dalam United Malays Organization dan menjadi United Malays National Organization (UMNO).

Perjuangan dan perkembangan UMNO
Perjuangan UMNO
Menyatupadukan orang Melayu
Mengusahakan kemajuan ekonomi dan kebajikan orang Melayu
Memajukan pendidikan orang Melayu
Memperjuangkan
ketuanan Melayu
Menumbangkan
Malayan Union
Menghapuskan semangat kenegerian dan kedaerahan orang Melayu
Mewujudkan sebuah parti politik bercorak kebangsaan
Beberapa mesyuarat agung telah diadakan di bandar-bandar besar bagi memperjuangkan
perpaduan orang Melayu.
Pada bulan Jun 1946, mesyuarat agung UMNO telah diadakan di Ipoh dan Perak.
Pada tahun 1957, mesyuarat agung telah diadakan di Kota Bharu, Kelantan.
Perasmian mesyuarat agung UMNO oleh sultan atau raja-raja Melayu menunjukkan perjuangan mereka direstui.
Pada tahun 1946, piagam UMNO (Perlembagaaan UMNO yang pertama) telah dibentuk sebagai panduan untuk UMNO bergerak.
Pada tahun 1949, Perlembagaan UMNO yang pertama telah diluluskan dan UMNO menjadi satu parti politik yang kukuh.

Nota Ringkas:
1. Negeri Naungan- Negeri yang dilindungi British dan Raja-raja melayu masih menjadi Ketua Negeri.
2. Tanah Jajahan Mahkota- Negeri yang diperintah dan berada dalam Parlimen British secara langsung iaitu Melaka dan P.Pinang
3.Jus Soli- Kerakyatan yang diberi berdasarkan tempat lahir seseorang
4. PENJAJAHAN MUTLAK- penguasaan sepenuhnya sesebuah kuasa keatas sesebuah negara



Logo UMNO(RUJUK BUKU TEKS)

ü Cogan kata UMNO ( “HIDUP MELAYU” ) telah dicipta oleh Dato’ Onn bin Ja’afar untuk menyatukan ahli UMNO.
ü Pada bulan Mac 1950, cogan kata UMNO telah ditukar kepada “MERDEKA” atas cadangan wakil Pemuda Bahagian UMNO Batu Pahat iaitu Syeikh Gharieb Raub.
ü Pada bulan Jun 1946, pemilihan bendera UMNO pula diputuskan dalam persidangan UMNO dI Ipoh, Perak.
ü Bendera UMNO telah dicadangkanoleh Ikatan Setia Kampung Baru, Kuala Lumpur.
ü Pada 27 Julai 1947, bendera UMNO telah dikibarkan buat pertama kalinya di Pulau Pinang.

Lambang
Maksud
Warna merah
Keberanian
Warna putih
Kesucian dan keikhlasan
Warna kuning dalam bulatan
Melambangkan raja
Keris yang berwarna hijau
Melambangkan agama Islam
dan tamadun Melayu

Í Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
§ Pada 1 Februari 1948, pihak British telah bersetuju menubuhkan dan membentuk Persekutuan Tanah Melayu bagi menggantikan Malayan Union.

Rundingan ke arah penubuhan Persekutuan Tanah melayu
1. Pada bulan Januari hingga Mei 1945 bantahan orang Melayu secara aman telah diadakan di seluruh Tanah Melayu. Hal ini memberi gambaran bahawa orang Melayu menolak Malayan Union.
2. Pada bulan Mei 1946, pertemuan raja-raja Melayu dengan pihak British di Kuala Lumpur telah membolehkan raja-raja Melayu menyampaikan pandangan mereka untuk menolak Malayan Union
3. Pada Jun 1946, rundingan telah dibuat antara antara British dan UMNO di Pulau Pinang.
4. Ketegasan raja-raja Melayu dan UMNO menolak Malayan Union telah menyebabkan British mengadakan rundingan rasmi.
5. Hasilnya, raja-raja Melayu dan UMNO menyerapkan satu memorandum untuk menyatakan bantahan terhadap Malayan Union secara rasmi kepada pihak British.
6. Pada Julai 1946, sebuah Jawatankuasa Eksekutif telah ditubuhkan dan dianggotai oleh:
Pegawai kanan British
Wakil raja-raja Melayu
Wakil UMNO
7. Perbincangan telah diadakan beberapa kali di King’s House, Kuala Lumpur. Pada masa yang sama, beberapa tuntutan telah dikemukakan.
Raja-raja dan orang Melayu menolak semua prinsip dan sruktur Malayan Union.
Mereka mahukan sebuah bentuk persekutuan bagi seluruh Semenanjung Tanah Melayu.
Mereka menolak kerakyatan jus soli.
Mereka mahu taraf negeri naungan bagi negeri Melayu dipulihkan semula
Mendesak raja-raja Melayu menjadi ketua negeri Melayu.
8. Pihak British bersetuju membentuk Persekutuan Tanah Melayu kerana tidak mahu orang Melayu menentang british secara kekerasan dan juga tidak mahu Parti Komunis Malaya mempengaruhi orang Melayu.
9. Pihak British juga ingin menjalankan dasar dekolonisasi (suatu proses membebaskan negeri yang dijajah) yang digalakkan oleh pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
10. Pada 21 Januari 1948, rundingan antara British dengan raja-raja Melayu dan UMNO berakhir dengan termetrainya perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.
Nota Ringkas:
1. Kerakyatan Terbuka- Kerakyatan yang boleh dipohon oleh sesiapa sahaja
2.Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM)- ditubuhkan pada oktober 1945 di Ipoh Perak. Presiden pertama Mokhtaruddin Lasso Ketua Rejimen 10 Melayu, Parti Komunis Malaya.
3. status quo- sesuatu kedudukan sedia ada tanpa membuat perubahan
4. Malayan Democratik Union (MDU)- Parti polotik berpusat di S’pura.Keahliah nya terdiri drpd mereka yang berpendidikan Inggeris

Ciri-ciri utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

Konsep Raja Berperlembagaan (raja yang bertakhta mengikut peruntukan perlembagaan negeri
atau negeri) diperkenalkan.
Majlis Raja-Raja Melayu ditubuhkan bagi menggantikan Majlis Melayu.
Mereka mahukan sebuah bentuk persekutuan bagi seluruh Semenanjung Tanah Melayu
Mereka menolak kerakyatan jus soli
Mreka mahu taraf negeri naungan bagi negeri Melayu dipulihkan semula
Mendesak raja-raja Melayu menjadi ketua negeri Melayu.

Perbezaan Antara Pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu dengan Malayan Union

Persekutuan Tanah melayu
Aspek Perbezaaan
Malayan Union
Peseruhjaya Tinggi British dan Majlis Raja-Raja Melayu
Ketua pentadbiran
Gabenor British
Majlis Mesyuarat Eksekutif, Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan dan Majlis Raja-Raja Melayu
Kuasa di peringkat pusat
Parlimen British
Sultan, Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Negeri
Kuasa di peringkat negeri
Pesuruhjaya Negeri-Negeri dan Majlis Mesyuarat Negeri
Sultan negeri
Ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu
Gabenor British
B.Melayu dan B. Inggeris
Bahasa pentadbiran
Bahasa Inggeris

Perbezaan Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu dengan Malayan Union

Persekutuan Tanah Melayu
Cara m’dapatn kerakyatan
Malayan Union
Jus soli hanya terbuka kepada Rakyat Raja dan Rakyat British
Pemohon yang lahir di luar negeri tetapi bapanya adalah rakyat raja atau rakyat British
Secara kuat kuasa
Undang-undang
Jus soli bagi mereka yang lahir di Malayan Union, Singapura dan tanah jajahan British yang lain
Pemohon yang berusia 21 tahun, tidak ada rekod jenayah serta bersetuju taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu
Mereka yang berusia 21 tahun dan telah tinggal selama lapan daripada 12 tahun di Tanah Melayu serta boleh bertutur dalam Bahasa Melayu atau Inggeris
Secara
permohonan
Pemohon yang telah tinggal selama lima daripada tujuh tahun dari tarikh permohonan
Anak angkat pemohon yang telah menjadi rakyat Malayan Union

Nota Ringkas:
1. Berkabung- satu tindakan berbentuk simbolik berbentuk memakai lilitan kain putih pada lengan baju atau songkon.
2. Piagam UMNO 1946- merupakan perlembagaan UMNO yang pertama
3. Dekolonisasi- suatu proses membebaskan didi dari dijajah
4. Raja Berpelembagaan- raja yang bertahta mengikut peruntukan perlembagaan negeri atau negara.
5. Rakyat Raja- Orang melayu atau orang asli yang tinggal di negeri melayu yang mempunyai sultan
6. Rakyat British- Mereka yang lahir di Melaka dan P.Pinang atau negeri jajahan British yang lain.
7.Telah Tinggal selama 8-12 tahun- Mereka yang telah datang ke Tanah Melayu pada tahun 1936 iaitu 12 tahun sebelum perjaian Persekutuan 1948 ditandatangani.

No comments: