Wednesday, May 21, 2008

Bab 1

BAB 1: PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA

PENGENALAN
Peristiwa penting dalam sejarah negara kita.
Bemula dari 15 Febuari 1942 hingga 12 September 1945.

Pemerintahan Tentera Jepun Di Tanah Melayu
1. Jepun bangkit sebagai sebuah kuasa imperialisme semasa pemerintahan Maharaja Mikado Meiji pada
tahun 1968.
2. Meiji melancarkan dasar pemulihan yang menekankan pemodenan & perindustrian.
3. Untuk memajukan Jepun, Meiji mengambil negara-negara Barat sebagai model.
4. Sasaran pertamanya ialah China yang mempunyai :
· Banyak bahan mentah
· Pasaran bagi negara Jepun
5. Kemenangan Jepun dalam Perang Rusia-Jepun (1905) menyebabkan mereka dianggap sebagai sebuah
kuasa besar.

Kedatangan Jepun
1. Antara pendorong utama pendudukan Jepun di Tanah Melayu ialah :
· Masalah ekonomi di Jepun
· Tanah pertanian yang sempit berikutan pertambahan penduduk
· Memerlukan kawasan pasaran baru untuk memasarkan hasil perindustriannya
· Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi kerana Jepun enggan berundur dari China
2.Golongan tentera sangat berpengaruh dalam pemerintahan Jepun.
3. Jeneral Tojo telah memimpin tentera Jepun menyerang Asia Tenggara untuk membebaskan Jepun dari sekatan Amerika Syarikat.
4. Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bukan dengan cara ketenteraan sahaja , malah mereka menggunakan propaganda untuk mempengaruhi penduduk tempatan.
5. Jepun menggunakan slogan-slogan berikut :
· ‘ Asia untuk Orang Asia’
· ‘ Semangat Asia’
· ‘ Lingkungan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya’
6. Slogan-slogan tersebut berunsur anti-penjajah Barat dan menonjolkan jepun sebagai pembela. Strategi tersebut amat berkesan.

Kemaraan Tentera Jepun untuk Menguasai Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak
1. Selepas mengebom Pearl Harbour pada 7 Disember 1941, tentera Jepun mendarat serentak di Thailand
dan Kota Bharu pada 8 Disember 1941 dari Cam Ranh.
2. Tentera Jepun yang mendarat di Thailand terus menuju ke Jitra, Kedah dan kemudian berpecah dua.
sekumpulan ke P.Pinang dan sekumpulan lagi mengikut jalan darat melalui bandar-bandar utama
negeri-negeri pantai Barat.
3. Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu pula mara ke Selatan mengikut jalan darat di negeri-negeri
Pantai Timur.
4. Di Sarawak , tentera Jepun mendarat di Miri dan berpecah kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama
ke Kuching, dan kemudian ke Sibu. Kumpulan kedua ke Labuan dan kemudian ke Sandakan.
5. Serangan Jepun menyebabkan kemusnahan infrastruktur, sumber ekonomi dan bangunan-bangunan.
6. Sambil berundur , British menggunakan taktik ‘ Bumi Hangus ‘ dengan memusnahkan jambatan, kereta
api, jalan raya, lading-ladang, dan kawasan perlombongan.
7. Taktik ini bertujuan untuk :
Melengah-lengahkan kemaraan Jepun
Melumpuhkan ekonomi
8. British juga membakar telaga minyak di Miri dan memusnahkan dokumen kerajaan.

Cara Kemaraan Tentera Jepun
1. Menggunakan kapal terbang perang untuk menyerang kedudukan British.
2. Menggunakan kereta kebal penggempur untuk memaksa british keluar.
3. Bot digunakan untuk tentera Jepun mendarat.
4. Basikal digunakan untuk melalui jalan sempit dan mempercepat perjalanan.

Kesan Kemusnahan Dalam Serangan Jepun Di Tanah Melayu
Mengorbankan banyak nyawa.
Membawa kemusnahan dan kesengsaran.
Menghancurkan tamadun manusia.
Aktiviti seharian tergendala.
Bangunan musnah dibom.

Pengunduran Tentera British
1. Tentera British tidak mampu menyekat kemaraan Jepun dan akhirnya berundur ke selatan.
2. Tentera British tidak berhasrat mempertahankan Tanah Melayu kecuali Singapura dan lebih memberikan
tumpuan untuk mempertahankan negara mereka di Eropah.
3. Sebaliknya Askar Melayu yang dipimpin oleh Leftenan Adnan berjuang mati-matian untuk
mempertahankan Tanah Melayu di Bukit Gap, Singapura.
4. Dengan penaklukan Singapura, seluruh Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun.
5. Pada 15 Febuari 1942, Leftena Jeneral Parcival menyerah diri kepada Leftenan Jeneral Yamashita
Tomoyuki di Singapura.

Faktor-faktor Kejayaan Jepun Di Tanah Melayu

1. Perancangan awal perang
Menjalankan aktiviti propaganda dan perisikan maklumat.
2. Kelengkapan perang Jepun
Menggunakan kapalterbang canggih dan kereta kebal yang sesuai.
3. Peranan Kesatuan Melayu Muda ( KMM )
Menyebarkan propaganda, memberi maklumat, dan menjadi penunjuk arah Jepun.
4. Taktik serangan Jepun
Menyerang pangkalan utama tentera British iaitu Pearl Harbour.
Menyerang dari utara Tanah Melayu kerana pangkalan British di Singapura.
5. Pakatan Jepun – Thailand
Thailand memberikan laluan pendaratan kepada Tentera British.
Kelantan, Terengganu, Kedah ,dan Perlis diberikan kepada Thailand atas kerjasama.
6. Semangat tentera Jepun
Mereka berjuang demi negara mereka dan sanggup mati demi Maharaja Jepun.
Tenteranya berpengalaman.
7. Kelemahan tentera British
Tentera British tidak bersedia dan kurang latihan.
Kekurangan kelengkapan perang
Menghadapi serangan di Eropah.
Cara Perisikan Jepun Di Tanah Melayu
1. Sebelum mendarat di Tanah Melayu, anggota tentera Jepun telah menjadi ejen perisikan untuk
mengkaji dan menyiasat dengan cara penyamaran. Mereka menyamar sebagai :
· Pelancong
· Tukang gunting rambut
· Pekedai runcit
· Tukang gambar

Pemerintahan Jepun
Sistem pemerintahan tentera telah dijalankan di Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak.
Tanah Melayu dikenali sebagai ‘ Malai Baru’( Melayu Baru )
Singapura dikenali sebagai ‘ Syonan’ ( Cahaya Selatan ), dan pentadbirannya diasingkan dari
Tanah Melayu. Pentadbiran di Tanah Melayu terbahagi kepada tiga peringkat :
· Pentadbiran pusat
· Pentadbiran wilayah
· Pentadbiran daerah
Tanah Melayu dan Sumatera digabungkan bawah satu pentadbiran pusat.
Pentadbiran pusat diketuai oleh Pengarah Agung yang beribu pejabat di Singapura.
Di bawah pentadbiran pusat, terdapat wilayah-wilayah yang terdiri daripada negeri-negeri.
Gabenor mengetuai setiap wilayah.
Sarawak, Sabah, dan Brunei digabungkan bersama dan membentuk Borneo Utara.
Borneo Utara diketuai oleh Gabenor Jeneral yang beribu pejabat di Kuching.
Sarawak dibahagikan kepada 3 wilayah dan Sabah dibahagikan kepada 2 wilayah.
Pentadbiran di peringkat rendah sama ada di Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak tidak berubah.

Pentadbiran Pusat
Struktur Pentadbiran Jepun Di Sarawak Dan Sabah
Pejabat Perang (di Tokyo)
Gabenor Jeneral (di Kuching)
Gabenor-gabenor Wilayah
Jesselton
Miri
Sibu
Sandakan
Kuching
Residen
Pegawai Daerah
(15 buah
Daerah)
Ketua tempatan
Pelbagai dasar telah Jepun perkenalkan untuk mencapai matlamat mereka.
Dasar-dasar tersebut sering berubah-ubah mengikut kepentingan mereka.
Kebajikan para penduduk tidak dijaga dan mereka hilang hak menyuarakan pendapat.
Apabila Jepun menyedari yang mereka akan kalah dalam Perang Dunia Kedua, barulah dasar yang
lebih bermanfaat diperkanalkan kepada penduduk. Tujuannya adalah untuk mendapatkan
sokongan rakyat.


Ciri-Ciri Pentadbiran di Tanah Melayu
Diketuai gabenor
atau mayor
Sultan sebagai ketua
agama dan adat
Majlis Penasihat Negeri (membantu gabenor
Biro-biro pentadbiran
Biro perusahaan
Biro kewangan
Biro perhubungan
Biro hal ehwal umum

Dasar-Dasar Pemerintahan Jepun
Dasar Politik

Kedudukan Sultan
· Sultan tidak lagi menjadi pemerintah negeri.
· Sultan hanya sebagai ketua agama Islam dan adat-istiadat melayu sahaja.
· Sultan terus diberi elaun.
Status Tanah Melayu
· Dijadikan sebagai Tanah jajahan dan tidak dimerdekakan seperti yang dijanjikan.
Majlis Agama Islam
· Ditubuhkan apabila Jepun hamper kalah.

Dasar Sosial
Orang Melayu
· Dilayan dengan baik kerana inginkan kerjasama untuk meneruskan pemerintahan.
Orang India
· Dilayan dengan baik untuk mendapatkan kerjasama mengusir British dari India.
Orang Cina
· Dilayan dengan kasar kerana mereka menyokong kerajaan China dalam perang
China-Jepun.
Kesetiaan terhadap Jepun
· Menumpukan kesetiaan penduduk Melayu kepada Maharaja Jepun.
· Lagu kebangsaan Jepun ( Kimigayo ) dinyanyikan di sekolah setiap pagi.
· Bahasa Jepun, iaitu Nippon-Go menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah.
· Cuti diberikan sempena perayaan Jepun.
· Pengaruh Barat dan Cina dihapuskan dengan menutup sekolah Inggeris dan Cina.

Dasar Ekonomi
Mengeksploitasi ekonomi untuk perindustrian dan peperangan.
Memperkenalkan ekonomi kawalan.
Memberi layanan istimewa kepada Kaisha ( syarikat Jepun ).
Menggalakkan ekonomi sara diri.
Mengabaikan perusahaan bijih timah dan getah.
Melaksanakan catuan makan.
Mengeluarkan mata wang Jepun.
Mengiklankan budaya Jepun di akhbar.
Nama kedai diubah kepada bahasa Jepun.
Kakitangan kerajaan dipaksa menyanyikan lagu Kimigayo.
Stesen kereta api Tanjong Pagar ditukar kepada Stesen Kereta api Syonan.

REAKSI PENDUDUK
Reaksi Penduduk Melayu

Terdapat reaksi yang pelbagai daripada penduduk tempatan terhadap kehadiran tentera Jepun di Tanah Melayu.
Sebahagian besar orang Melayu tidak menentang, malah ada yang mengalukannya.Mereka terpengaruh dengan slogan-slogan Jepun.
Kesatuan Melayu Muda telah mengadakan hubungan sulit dengan pihak Jepun.KMM merupakan pertubuhan radikal British di bawah pimpinan Ibrahim Yaakob.
Sebagai balasan, tentera Jepun menjanjikan kemerdekaan Tanah Melayu.
Walau bagaimanapun sokongan orang Melayu tidak bertahan lama.Hal ini disebabkan oleh :
ü Tentera Jepun mewujudkan pemerintahan tentera.
ü Dasar pemerintahan Jepun menyusahkan rakyat.
ü Slogan-slogan Jepun hanya muslihat untuk kepentingan mereka.
ü Jepun tidak menunaikan janji mereka dan Tanah Melayu tidak dimerdekakan.
ü Status Tanah Melayu berubah menjadi tanah jajahan
ü Negeri-negeri Melayu Utara diserahkan kepada Thailandsebagai balasan membenarkan Jepun mendarat di sana
ü Malahan, pada peringkat awal, Jepun tidak mengiktiraf kedudukan raja-raja Melayu.

Reaksi Orang Cina
Reaksi orang Cina jelas dipengaruhi oleh Perang China-Jepun.Orang Cina kebanyakannya terlibat dengan gerakan anti-Jepun.
Mereka memulaukan barangan Jepun dan memungut derma untuk membantu negara China.Ada dalam kalangan pemuda Cina yang balik ke negara China untuk melibatkan diri dalam gerakan menentang Jepun.
Orang Cina bukan sahaja dilayan dengan kasar, malah dibunuh oleh tentera Jepun.
Namun, terdapat juga segolongan orang Cina yang menyokong Jepun demi menjaga perniagaan serta keselamatan nyawa mereka.

Reaksi Orang India
Mereka mendapat layanan yang baik.
Jepun memerlukan kerjasama orang Indiauntuk mengusir British di India.
Orang India diseur bersatu padu untuk tujuan tersebut.
Jepun mempengaruhi orang India dalam tentera British supaya bekerjasama dengan pihak Jepun.
Sebahagian besar orang India dalam tentera British menyertai Tentera Kebangsaan India.

Gerakan Anti-Jepun
Akibat kekejaman pihak tentera Jepun, muncullah gerakan anti-Jepun. Gerakan ini merupakan reaksi penduduk tempatan.
Gerakan ini menentang Jepun secara :
Gerila
Gerakan ini menerima kerjasama daripada pihak bersekutu, terutama British.
Contoh pertubuhan Anti-Jepun :
Gerakan Anti-Jepun
Huraian

Force 136
Ditubuhkan oleh tentera bersekutu di Pahang, Johor, dan Kedah untuk menentang Jepun di Tanah Melayu.
Anggotanya mendapat latihan daripada tentera Bersekutu di Sri Lanka.

Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA)
MPAJA ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM).
Bekerjasama dengan British untuk mendapatkan latihan ketenteraan, bantuan kewangan, dan senjata.
Menggunakan taktik perang gerila.

Gerila Kinabalu
Dipimpin oleh Albert Kwok.

Melancarkan pemberontakan “Double Tenth” tetapi gagal.
Penyerahan Jepun
Menjelang tahun 1945, tentera Berikat mendesak Jepun menyerah diri, tetapi Jepun enggan berbuat demikian.
Tentera Berikat telah menggugurkan bom atom di Hiroshima dan di Nagasaki.
Akhirnya, Jepun terpaksa menyerah diri tanpa syarat.
Jeneral Seishiro Itagaki, Ketua Tentera Jepun di Tanah Melayu menyerah diri kepada Tentera Bersekutu di Singapura. Beliau telah menandatangani perjanjian penyerahan secari rasmi kepada Laka\samana Louis Mountbattten.
Di Sarawak dan Sabah pula, Masao Baba (Pemerintah Tertinggi Jepun) menyerah kalah di Surrender Point, Labuan.

KESAN PEMERINTAHAN JEPUN
Politik
Kejayaan Jepun dalam menewaskan kuasa-kuasa Barat memeberi inspirasi kepada negara-negara Asia untuk menewaskan kuasa Barat.
Pendudukan Jepun telah menyemarakkan semangat anti-barat dalam kalangan penduduk Tanah Melayu.
Slogan ‘Asia Untuk Orang Asia’berjaya mempengaruhi pemikiran penduduk untuk menolak penjajah Barat.
Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu telah mengalami masalah kekurangan pegawai awam. Bagi mengatasi masalah itu, Jepun telah menubuhkan Koa Kunrenjo untuk melibatkan orang Melayu dalam pentadbiran.
Melalui penubuhan tersebut, orang Melayu telah diberi peluang menjadi pegawai daerah yang sebelum ini dimonopoli oleh pegawai British.
Ibrahim Yaakob telah dilantik untuk mengetuai pasukan Pembela Tanah Air (PETA) dengan pangkat Leftenan Kolonel.
PETA merupakan pertubuhan yang diberi latihan ketenteraan oleh Jepun untuk menentang tentera Bersekutu
Dr. Burhanuddin Al-Helmi dilantik sebagai Penasihat Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu.
Peluang menjawat jawatan tinggi tidak pernah diberi semasa pentadbiran British.Peluang sebegini memberi keyakinan orang Melayu menjawat jawatan tinggi dalam pentadbiran.
Dasar Jepun di Tanah Melayu lebih mementingkan diri dan bukanlah membela negara-negara Asia.
Semasa pentadbiran Jepun, Kesatuan Melayu Muda telah diharamkan.
Untuk mengambil hati negara Thailand, negeri-negeri Utara telah diserahkan kepada Thailand.
Apabila Jepun hampir tewas, Tanah Melayu dijanjikan :
a) Kemerdekaan bersama Indonesia.
b) Memberi kelonggaran pertubuhan politik bergiat semula.
14. Semangat kebangsaan bersemarak mengikut kaum dan berpaksikan negara asal masing-masing semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.
15. Semangat kebangsaan orang Cina lebih kepada sikap anti-Jepun.Manakala semangat kebangsaan orang India adalah untuk memerdekakan negara India
16. Parti Komunis Malaya semakin berpengaruh apabila mendapat bantuan daripada Force 136 dan
menubuhkan Malayan People’s Anti-Japanese Army.
17. Tentera MPAJA juga dikenali dengan tentera Bintang Tiga.
18. Walau bagaimanapun, para anggotanya hanya terdiri daripada orang Cina sahaja.
19. Kesan pendudukan Jepun telah memberi kesedaran kepada penduduk Tanah Melayu tentang sebarang bentuk penjajahan perlu ditentang.
20. Sikap mungkir janji Jepun telah memberi pengajaran yang amat berguna kepada mereka.

Ekonomi
Slogan yang dilaungkan ternyata gagal memakmurkan Tanah Melayu.
Jepun lebih memberi tumpuan kearah peperangan. Ini menyebabkan :
a) Ekonomi Tanah Melayu merosot
b) Gaji pegawai kerajaan dipotong
c) Pengangguran berleluasa
d) Bijih timah dan getah tidak dapat dieksport
e) Wang pokok pisang dicetak tanpa kawalan
Akibat daripada segala keperitan penduduk menjadi lebih kreatif.
Banyak penciptaan baru berasaskan bahan tempatan dicipta.Contohnya :
a) Kain diperbuat daripada benang nanas dicipta.
Perusahaan tradisional digiatkan semula dan ubat tradisional menjadi penting semula.
Penduduk mula berpindah ke luar Bandar sehingga muncullah banyak industri baru dengan ciptaan berasaskan sumber tempatan.
Semua industri tersebut diusahakan oleh syarikat Jepun.
Industri yang tidak ekonomik dan mengalami kekurangan bahan mentah lenyap begitu sahaja.

Sosial
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu membawa kemakmuran, tetapi lebih kesengsaraan kepada sebahagian besar rakyat.
Catuan makanan dikenakan dan setiap keluarga dibenarkan memiliki hanya 2 gantang beras untuk sebulan.
Barang keperluan harian pula, sukar didapati dan harganya amat tinggi.
Wabak penyakit kian menular dalam kalangan penduduk dan kebuluran berlaku di mana-mana.
Malah, rakyat hidup dalam ketakutan dan mencurigai antara satu sama lain. Ada juga yang menjadi tali barut untuk Jepun.
Selain itu, pergerakan rakyat tidak bebas dan sentiasa diawasi oleh tentera Jepun.
Kempetai iaitu yang merpakan polis tentera Jepun yang menjaga kepentingan pentadbiran tentera Jepun akan menjalankan tugas pengintipan terhadap sesiapa yang bersalah.
Hukuman dera dan hukuman mati dijalankan dikhalayak ramai tanpa mendapat pembelaan undang-undang.
Sebahagian rakyat dijadikan buruh paksa untuk membina jalan kereta api maut di Thailand.
Mereka tidak diberi gaji, sebaliknyadiberikan makanan untuk menampung kehidupan mereka.

KESIMPULAN
Tuntasnya, penjajahan Jepun telah membawa kesengsaraan yang banyak dalam semua aspek kehidupan rakyat.
Tentera Jepun telah memperlakukan penduduk tempatan sesuka hati dan tindakan kasar yang melampaui batas kemanusiaan.
Slogan Jepun yang memikat hati rakyat hanyalah muslihat Jepun untuk mencapai hasrat mereka.
Semangat kebangsaan pula bersemarak berpaksikan negara masing-masing.
Penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu telah memberi pengajaran kepada kita untuk menolak sebarang bentuk penjajahan.


Rileks sekejap…….


Nota ringkas….
1. Asia Untuk Orang Asia- negara asia adalah untuk orang asia dan tidak wajar dijajah oleh kuasa barat.
2. Semangat Asia- Negara asia mempunyai kekuatan dan jati diri yg tersendiri untuk menghadapi cabaran
3. Koa Kunrenjo – Ditubuhkan di S’pura P.Pinang dan Melaka . Sebanyak 75 % pelatih terdiri drpd orang Melayu yang akan diberikan jawatan dalam pentadbiran awam setelah tamat latihan.
4. Kempeitei- Pasukan polis tentera epun yang menjaga kepentingan pentadbiran jepun. Amalan Kempeitai “seksa dulu kemudian siasat”