Thursday, May 22, 2008

Bab 5

BAB 5 : KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957

Kemerdekaan – membebaskan diri atau negara daripada penjajahan asing
Latar belakang
Selepas Parti Perikatan menang dalam pilihanraya organisasi kerajaan telah dibentuk.
Satu Rombongan telah dihantar ke London bertujuan membincangkan perihal Kemerdekaan dan menamatkan penjajahan terhadap Persekutuan Tanah Melayu selama 446 tahun.
Rombongan Kemerdekaan
Terdiri daripada 4 wakil raja-raja melayu dan 4 wakil Parti perikatan
wakil raja-raja melayu – i. Dato’ Panglima Bukit Gantang
ii. Abdul Aziz Othman
iii. Dato’Mohd Seth
iv. Dato’ Nik Ahmad Kamil
wakil Parti perikatan - i. Tunku Abd Rahman
ii. Tun Dr. Ismail
iii. Tun HS Lee
iv. Tun Abdul Razak Hussien

Matlamat Rombongan Kemerdekaan
Í Berbincang mengenai kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Pihak British. Rundingan tersebut dikenali sebagai PERJANJIAN LONDON (18 JANUARI- 8 FEBRUARI 1956) .
Í Rombongan tersebut pulang ke Tanah Melayu pada 20 Februari 1956 disambut meriah di Padang Merdeka, Banda Hilir Melaka.
Í Perjanjian London dipengerusikan oleh LORD LENNEX-BOYD

PERJANJIAN LONDON
Tarikh kemerdekaan Pesekutuan Tanah Melayu ditetapkan pada 31 OGOS 1957
Perlantikan sebuah suruhanjaya bebas untuk menggubal Perlembagaan Merdeka
Parti Perikatan tidak akan mengambil alih perniagaan Brtish atau kepentingan barat di
Persekutuan Tanah Melayu
Satu Perjajian pertahanan dengan Britsh akan ditandatangan bagi menjaga keselamatan dan
kepentingan ekonomi British di Persekutuan Tanah Melayu.
Konsep Raja Berpelembagaan dikekalkan.
Pembahagian kuasa antarakerajaan pusat dan negeri diteruskan.
SURUHANJAYA REID (Mac 1956)
(dipengerusikan oleh Lord William Reid–bertujuan menyusun perlembagaan T.Melayu )
Merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang Merdeka
membentuk dan menentukan kuasa kerajaan pusat dan negeri
menjamin kedudukan khas raja-raja melayu
mewujudkan satu rupa bangsa Persekutuan Tanah Melayu


Suruhanjaya ini menerima 131 memorandum dari pelbagai pihak . Pada Februri 1957 Suruhanjaya Reid tlah mengeluarkandraf perlembagaan untukdibahaskan oleh penduduk dan parti politik tempatan Antara perkara yang dipersetujui ialah:

sebuah negara persekutuandibentuk dengan pembahagian kuasa pusat dan negeri.
Kerkyatan secara jus soli kepada mereka yang dilahirkan di Tanah Melayu
Kedudukan istimewa orang melayu dikekalkan tanpa menjejaskan hak kaum lain
Institusi raja melayu dan Konsep Raja berpelembagaan dikekalkan
Bahasa melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Walaubagaimanapun bahasa cina dan tamil boleh dikembangkan dan menjadi bahasa pengantar di sekolah masing-masing
Agama islam dijadikan sebagai agama rasmi Persekutuan. Walaupun begitu, agama lain boleh terus diamalkan.
**** cadangan ini telah dipersetujui di Parlimen British pada JUN 1957.
Pada 15 Ogos 1957 Upacara menandatangani Perjanjian Kemerdekaan diadakan antara Raja-raja Melayu dan pihak British di K.Lumpur.

PERLEMBAGAAN MERDEKA

Sebuah kerajaan persekutuan dibentuk dengan nama Persekutuan Tanah Melayu
Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Negara
Pembentukkan Parlimen yang mempunyai Dewan Rakyat dan Dewan Negara
Perdana menteri sebagai ketua pentadbiran negara dengan dibantu oleh sebuah kabinet.
Agama Islam sebgai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu
Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan
Kerakyatan terbuka kepada sesiapa sahaja yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu. Kerakyatansecara permohonan dengan syarat tertentu juga diberi pertimbangan.
Kedudukan istimewa orang melayu diteruskan tanp mengurangkan hak warganegara yang lain.

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN
Persekutuan Tanah Melayu mencapai taraf sebagai sebuah neghara yang merdeka dan
berdaulat staraf dengan negara lain di dunia.
Raja-raja Melayu dan ratu England menandatangani perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 bagi membentuk persekutuan Tanah Melayu
Semua penguasaan Ratu England dan pihak British ke atas negeri Selat terbatal
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu berkuat kuasa paa 31 Ogos 1957
Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka mengandugi negeri Johor,Pahang , N.sembilan, Selangor ,Kedah ,Perlis, kelantan, Terengganu,Perak ,Melaka, P.Pinang.
Persekutuan Tanah Melayu merupakan sebuah negara yang demokrasiyang mengutamakan kesejahteraan rakyat.


Nota Ringkas:
1.Perlembagaan- Peraturan atau undang-undang utama sebagai panduanuntuk menguruskan pentadbiran institusi, organisasi atau pemerintah
2.memorandum- dokumen yang mengandungi cadangan tentang sesuatu perkara
3. Pemasyhuran – suatu perisytiharan atau pengumuman penting
4. Tulisan Jawi – tulisan awal bahasa melayu sebelumpenggunaan tulisan rui.Penggunaan tulisan jawai dalam pemsyhuran kemerdekaan merupakan simbol warisan bangsa.




Sekadar renungan di corner ilmu......

Gambar di sebelah menunjukkan bendera Persekutuan Tanah Melayu yang telah digunakan dari tahun 1896 hingga 1950. Pada tahun 1949 sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung rekacipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Di dalam satu pertandingan peringkat kebangsaan sebanyak 373 penyertaan telah diterima di mana tiga rekaan bendera telah terpilih ke peringkat akhir.
Orang ramai telah dijemput untuk memberikan pendapat serta membuat undian tentang ketiga-tiga rekaan tersebut. Rekaan ciptaan seorang arkitek kerajaan dari Johor iaitu En Mohamad bin Hamzah telah terpilih. Rekaannya menggambarkan sebelas jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di sebelah kiri. Beberapa pindaan telah dibuat kepada rekaan tersebut dan rekaan akhir telah diperkenankan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara untuk menerima rekaan berkenaan. Rekaan bendera itu akhirnya telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950.Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan buat kali pertama dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai King George VI.Kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Majlis Raja-Raja telah memperkenankan rekaan Bendera Malaysia berdasarkan rekaan asal Bendera Persekutuan Tanah Melayu, dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur dan pecahan bintang bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan kelahiran Malaysia pada 16 September 1963.Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Empatbelas jalur dan empatbelas pecahan bintang melambangkan maksud yang baru iaitu tigabelas buah Kerajaan Negeri dan satu Kerajaan Persekutuan.Pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke40, Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad telah mengisytiharkan Jalur Gemilang sebagai nama rasmi bendera Malaysia

No comments: