Thursday, May 22, 2008

Bab 7

BAB 7 : MALAYSIA YANG BERDAULAT

1.1 Gagasan Persekutuan Malaysia
Merupakan cadangan penggabungan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei

Idea pembentukan Persekutuan Malaysia
À Bagi membebaskan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan gagasan persekutuan Malaysia
À Pada 16 September 1963, Persekutuan Malaysia diisytiharkan.

Cadangan Tunku Abdul Rahman
Pada 27 Mei 1961 Tunku Abdul Rahman mengemukakan gagasan Persekutuan Malaysia sewaktu majlis makan makan tengah hari Persatuan Wartawan-wartawan Luar Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura
Pada bulan Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) telah ditubuhkan untuk mengadakan rundingan dengan pemimpin wilayah-wilayah yang terlibat sebagai langkah awal ke arah meralisasikan gagasan Persekutuan Malaysia.
Tiga bulan kemudian, Tunku Abdul Rahman mmbawa usul tersebut ke Dewan Rakyat

Matlamat Pembentukan Persekutuan Malaysia

Matlamat
Huraian
Mempercepat kemerdekaan
Saiz Singapura dan jumlah penduduk Sarawak, Sabah
dan Brunei yang terlalu kecil menyukarkan usaha
memperoleh kemerdekan secara bersendirian daripada
British.
Mempercepat kemerdekaan Singapura, Sabah, dan
Sarawak.
Keseimbangan kaum
Mengimbangi penduduk Melayu dan Bumiputera
dengan bumiputera dalam Persekutuan Malaysia.
Memajukan sosioekonomi
Mewujudkan pasaran ekonomi dengan luas.
Menyatukan sumber tenaga manusia dan sumber asli
di kalangan negeri dalam Persekutuan.
Menghapuskan sekatan cukai di kalangan negeri
Persekutuan.
Memudahkan usaha menarik pemodal luar.
Memajukan taraf hidup masyarakat Sabah, Sarawak,
Dan Brunei.
Keselamatan dan kestabilan negara
Menyelamatkan Singapura dan Sarawak dari komunis.

Reaksi Pembentukan Persekutuan Malaysia

Negeri-negeri terlibat
Persekutuan Tanah Melayu
Walaupun terdapat perbezaan dari segi pelaksanaannya, namun penduduk tetap menerima prinsip gagasan Persekutuan Tanah Melayu.
Singapura
Parti Tindakan Rakyat (PETIR) pimpinan Lee Kuan Yew mengalu-alukan gagasan Persekutuan Malaysia kerana dapat menyelamatkannya daripada parti berhaluan kiri
Tetapi, Barisan Sosialis dan Parti Rakyat Singapura menganggap gagasan tersebut sebagai satu rancangan pihak Britain untuk mengekalkan pengaruhnya.
Oleh itu, Kerajaan Singapura mengadakan referendum bagi meninjau pendapat penduduk Singapura. Hasilnya penduduk Singapura menyokong.
Sabah
Pada awalnya parti politik di Sabah sebahagiannya tidak menyokong tetapi akhirnya mereka menyokong juga.
Kesemua parti politik Sabah bergabung membentuk Perikatan Sabah di bawah pimpina Donald Stephens dan Tun Datu Mustapha bin Datu Harun
Pada tahun 1962, Perikatan Sabah telah memenangi pilihan raya Majlis Daerah yang pertama.

Sarawak
Satu daripada enam parti politik di Sarawak menentang gagasan Persekutuan Malaysia hingga ke akhirnya dengan alasan Sarawak perlu bersatu dengan Sabah dan Brunei
Parti-parti yang menyokong gagasan tersebut telah bergabung bagi membentuk Perikatan Sarawak dan memenangi Pilihan Raya Majlis Daerah yang pertama pada tahun 1963.
Brunei
Idea gagasan Persekutuan Malaysia mendapat sokongan daripada Sultan OmarAli Saifuddin tetapi ditentang oleh Parti Rakyat Brunei pimpinan A.M. Azahari.
Pada bulan Julai 1963 Brunei menarik diri daripada menyertai gagasan Persekutuan Malaysia.

Negara-negara jiran
Indonesia
Pada mulanya Indonesia menyokong gagasan Persekuutan Malaysia tetapi pendirian Indonesia berubah akibat pengaruh Parti Komunis Indonesia (PKI) yang menuduh gagasan tersebut sebagai neokolonialisme.
Singapura
Filipina
menentang kerana mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada wilayah kesultanan sulu.

Negara-negara Barat
1. Kerajaan Britain dan Amerika Syarikat menyokong gagasan Persekutuan Malaysia kerana hal ini
dapat mempercepat proses kemerdekaan Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei.
2. Pengaruh komunis juga dapat disekat.


Perjanjian Dan Perisytiharan Persekutuan Malaysia
Langkah Ke Arah Pembentukan Persekutuan Malaysia

1. 27 Mei 1961
Gagasan Persekutuan Malaysia dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman.
2. Julai 1961
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
Matlamat: Memberi penerangan kepada pemimpin Sarawak dan Sabah.
Hasil laporan ; Penubuhan Suruhanjaya Cobbold.
3. Feb-April 1962
Suruhanjaya Cobbold
Matlamat : Meninjau pandangan penduduk di Sabah dan Sarawak.
Hasil laporan : Rakyat Sarawak dan Sabah berseteju menyertai Persekutuan Malaysia.
4. Ogos 1962
Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
Matlamat: Membincangkan hak dan kepentingan Sabah, Sarawak, dan Brunei untuk
dimasukkan dalam perlembagaan.
Hasil laporan : Tuntutan 20 perkara Sabah dimasukkan dalam perlembagaan.
5. September 1962
Referendum Singapura
Matlamat : Meninjau pendapat penduduk Singapura.
Hasil referendum : Penduduk Singapura berseteju menyertai Persekutuan Malaysia.
6. Ogos 1963
Suruhanjaya PBB
Matlamat : Meninjau semula pandangan penduduk Sarawak dan Sabah atas permintaan
Indonesia dan Filipina.

Pengisytiharan Persekutuan Malaysia

1. Perlembagaan Persekutuan Malaysia digubal berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan hasil memorandum daripada rakyat Sarawak dan Sabah.
2. Pada 9 Julai 1963, Perjanjian Persekutuan Malaysia telah ditandatangani di malborough Hause, London.
3. Isi kandungan Perjanjian Persekuuan Malaysia:
Semua urusan hal ehwal luar adalah menjadi tanggungjawab kerajaan Persekutuan
Agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan kecuali Sarawak dan Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan
Bagi Sarawak dan sabah, bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa rasmi sehingga 10 tahun selepas pembentukan Persekutuan Malaysia
Sarawak dan sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam
Rakyat bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama debgan orang Melayu di persekutuan Tanah Melayu.

4. Isi kandungan tersebut kemudian dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
5. Pada 16 September 1963, Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri Malaysia telah membacakan Deklarasi Penubuhan Persekutuan Malaysia di Stadium merdeka, Kuala Lumpur.
6. “Bersekutu Bertambah Mutu” merupakan moto yang terdapat pada jata negara.

Konfrontasi dan perdamaian
Indonesia telah mengambil langkah drastik dengan melancarkan konfrontasi sehingga tentera Indonesia telah menceroboh beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah
Walaupun konfrontasi semakin tegang, pemimpin Malaysia dan Indonesia tetap meneruskan usaha perdamaian.
Malaysia juga membuat bantahan rasmi terhadap pencerobohan tentera Indonesia kepada PBB melalui Tun Dr. Ismail bin Abdul Rahman.
PBB titidak dapat bertindak kerana dihalang oleh veto Rusia.
Kerajaan juga telah menyusun semula Pasukan Pertahanan Tempatan (PPT) atau lebih dikenali sebagai Askar Wataniah.
Malaysia telah mendapat sokongan daripada negara-negara Komanwel.
Konfrontasi semakin kendur apabila tentera Indonesia di bawah pimpinan Jeneral Soeharto berjaya mengambil alih kuasa daripada Presiden Soekarno selepas peristiwa Gestapo 30 September.
Pada Ogos 1966, perjanjian pemulihan hubungan antara Malaysia dan Indonesia ditandatangani.


Pemisahan Singapura

Masalah ekonomi
Masalah ekonomi
Rusuhan kaum
Konsep Malaysian Malaysia
Pertikaian Parti Perikatan-Petir

1. PETIR dan pemimpinnya iaitu Lee Kuan Yew sering mempertikaikan peruntukan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Lee Kuan Yee juga berhasrat mengambil alih peranan parti MCA yang mewakili kaum Cina.
2. Pada 9 Ogos 1965, Pengisytiharan Pemisahan Singapura dari Malaysia dibuat di parlimen.

No comments: