Thursday, May 22, 2008

Bab 3

BAB 3: ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT
PENYUSUPAN DAN KEGIATAN PENGGANAS KOMUNIS


Ø Komunisme adalah satu ideologi yang berasaskan ajaran Karl Marx yang terdapat dalam bukunya Das Kapital. Ia merupakan suatu fahaman menentang golongan feudal dan imperialis secara kekerasan.
Ø Perjuangan komunisme-
- Masyarakat tanpa kelas
- Memiliknegarakan tanah dan perindustrian
Ø Rusia menjadi negara komunis yang pertama di dunia.
Ø Di tanah Melayu, fahaman komunis tersebar melalui Parti Kuomintang dan Parti Komunis Nanyang.
Ø Dakyah komunis disebarkan-
- Dalam kalangan orang Cina melalui-
§ Kesatuan sekerja
§ Persatuan-persatuan
§ Kelas-kelas malam
§ Penerbitan
- Dalam kalangan orang Melayu melalui-
§ Parti Komunis Indonesia (1924-1930)
Ø Ideologi ini tidak diterima oleh kaum bumiputera, teruama orang Islam kerana bertentangan dengan cara hidup dan agama mereka.

v Penubuhan Parti Komunis Malaya
Ø PKM ditubuhkan pada tahun 1930. Tujuannya ialah menubuhkan sebuah Republik Komunis di Tanah Melayu.
Ø PKM telah melatih ramai kader dan menyusup ke dalam kesatuan sekerja.
Ø PKM telah memperalat serta mempengaruhi para pekerja untuk melemahkan pemerintahan British untuk menentang Jepun.
- Melakukan pemogokan
- Sabotaj terhadap British
Ø Permogokan yang paling hebat berlaku di batu Arang, Selangor apabila 6000 orang buruh telah mengambil alih lombong di kawasan berkenaan. Akibatnya , ramai pemimpin PKM ditangkap dan dibuang ke China di bawah Banishment Ordinan.
Ø Semasa pendudukan Jepun,PKM bekerjasama dengan British untu menentang Jepun.
- Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura – anggota PKM dilatih dalam taktik perang gerila.
- Tentera Anti-Jepun Rakyat Tanha Melayu (MPAJA) ditubuhkan oleh PKM
Ø Selepas British berkuasa semula, Pentadbiran Tentera British dibentuk untuk mengamankan huru-hara di Tanah Melayu.PTB mahu MPAJA dibubarkan dan senjata mereka dipulangkan.
Ø Kerajaan British menawarkan wang sagu hati dan bekalan kepada ahli-ahli MPAJA yang meletakkan senjata.
Ø MPAJA tidak memulangkan semua senjata kepada British, sebaliknya menyembunyikan sebahagian daripadanya untuk melancarkan pemberontakan bersenjata pada masa depan.

Nota ringkas….
1. Feudal- system masyarakat yang dikuasai golongan bangsawan
2. Imperialis- Negara yang menjajah atau yang menggunakan kuasa pemerintahanya keatas negara lain.
3. Kader- Anggota baru sesebuah parti politik yang dilatih untuk menjadi penyokong yang taat setia
4. Min Yuen- ditubuhkan oleh PKM untuk memberi maklumat , membekalkan makanan dan ubat-ubatan kepada pengganas komunis. Kebanyakkan mereka bekerja dilad ang dan lombong.




v Keganasan Komunis
Ø Pada tahun 1948, PKM membuat keputusan untuk memberontak bagi menubuhkan Republik Komunis Malaya.
Ø Keganasan yang dilakukan oleh PKM-
- Menyerang lading getah, lombong bijih timah, dan kilang.
- Meletupkan landasan kereta api dan membakar balai polis.
- Menganjurkan pemogokan
- Membunuh anggota polis, pekerja, pengurus estet, orang Cina yang bekerja dengan British ,dan ahli Kuomintang.
Ø PKM melakukan keganasan bagi melumpuhkan ekonomi dan menghilangkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan British.

LANGKAH MEMBANTERAS ANCAMAN KOMUNIS

v Pengisytiharan Darurat
Ø Keganasan yang paling hebat dilakukan oleh PKM ialah pada 16 Jun 1948 apabila tiga orang pengurus lading berbangsa Eropah dibunuh di Sungai Siput, Perak.
Ø Kemuncak kepada keganasan komunis ialah pembunuhan Pesuruhanjaya Tinggi British di Tanah Melayu iaitu Sir Henry Gurney pada 6 Oktober 1951.
Ø Kerajaan telah menguatkuasakan Undang-undang Darurat 1948.
- Menahan sesiapa sahaja yang disyaki.
- Menggeledah rujmah kediaman yang disyaki.
- Memindahkan penduduk ke penempatan baru.
- Memagar kawasan kampung
- Mengenkan perintah berkurung.

v Pengharaman PKM dan Parti Berhaluan Kiri

v Pasukan Tentera dan Polis Diperbesar
Ø Pasukan polis khas ditubuhkan untuk mengawal ladang-ladang dan lombong-lombong.
Ø Seramai 24000 orang mata-mata khas Melayu dilatih.
Ø Tentera dari negara Komanwel seperti Australia, Fiji, New Zealand, Afrika Timur, dan askar Gurkha diminta menentang komunis.
Ø Kerajaan juga menubuhkan pasukan “Home Guard” di peringat kampung untu membantu pasukan polis dan tentera menjaga keselamatan.

v Rancangan Briggs
Rancangan ini dilancarkan oleh Sir Henry Gurney iaitu Pengarah Gerakan Menentang Komunis pada Tahun 1950.
Tujuan ditubuhkan-
Í Melumpuhkan kegiatan Min Yuen dan memutuskan bekalan makanan komunis.
Í Melindungi penduduk di pinggir hutan daripada diugut oleh Min Yuen
Í Min Yuen ialah pertubuhan PKM yang berfungsi memberi maklumat , membekalkan makanan dan ubat-ubatan kepada pengganas komunis.
Í Penduduk di pinggir hutan dipindahkan ke kampung baru yang berpagar dan dikawal rapi oleh tentera.
Í Setiap ketua keluarga diberi kad catuan makanan bagi memastikan setiap anggota keluarga memperoleh makanan.
Í “Gerakan Kelaparan” dijalankan.Gerakan ini bertujuan menghalang makanan ,ubatan dan pakaian sampai ke tangan komunis.
Í Sekatan jalan raya turut diadakan.
Í Briggs menyokong penubuhan MCA bagi membantu penduduk setinggan menjalani kehidupan baru.
Í Sistem kad pengenalan diperkenalkan untuk membantu British mengesan anasir komunis.
v Perang Saraf
Ø Dilancarkan oleh Sir Gerald Templer.
Ø Bertujuan memenangi hati dan fikiran rayat bagi menghapuskan kegiatan komunis dan perasaan perkauman.
Ø Perlaksanaan Perang Saraf
∞ Kawasan hitam putih
∞ Syarat-syarat kewarganegaraan dilonggarkan
∞ Penawaran hadiah
∞ Pengedaran risalah

v Pengampunan Beramai-ramai
Ø Tawaran ini dicadangkan oleh Parti Perikatan kepada Inggeris
Ø Tujuannya untu mempercepat kemerdekaan, mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan membentuk sebuah negara yang aman dan makmur.

v Pertemuan Baling 1955
Ø Wakil kerajaan
o Tunku Abdul Rahman
o Tun Tan Cheng Lock
o Sir David Marshall
Ø Wakil PKM
o Chin Peng
o Chen Tien
o Rashid Maidin
Ø Syarat Tunku Abdul Rahman
- Chin Peng membubarkan PKM,meletakkan senjata, dan menyerah diri.
Ø Syarat Chin Peng
- Mengiktiraf PKM sebagai sebuah parti politik yang sah
Ø Pertemuan Baling gagal kerana-
- Tunku Abdul Rahman tidak mahu mengesahkan PKM sebagai parti yang sah.
- Chin Peng enggan menerima tawaran pengampunan dripada Tunku.
- Chin Peng tidak membenarkan kesetiaan PKM disiasat.

KESAN DARURAT
Ø Politik
o Kerajaan melonggarkan syarat kerakyatan kepada orang bukan Melayu pada tahun 1952.
o Tujuannya ialah menarik minat mereka supaya tidak memihak kepada pengganas komunis.
o MCA merupakan usaha menari minat orang Cina melibatkan diri dalam pertubuhan politik berhaluan kanan
o Kesannya orang Cina telah memberikan kerjasama dan membanteras komunis.
Ø Ekonomi
o Penduduk hidup dalam ketakutan dan penderitaan
o Pembangunan ekonomi Tanah Melayu terjejas kerana banyak wang dibelanjakan untu membanteras kegiatan komuunis.
Ø Sosial
o Ramai anggota pasukan keselamatan, pengganas kmunis, dan orang awam terbunuh.
o Peperangan menentang ancaman komunis menyebabkan kesengsaraan hidup penduduk Tanah Melayu.
o Penduduk menghadapi kesukaran untuk bergerak dan memperoleh bekalan makanan kerana sekatan dikenakan.
o Kesan positif darurat ialah mengeratkan perpaduan di antara penduduk Tanah Melayu.
o Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ditubuhkan untuk mengeratkan hubungan antara kaum.
o Kerajaan juga melaksanakan dasar pelajaran kebangsaan yang berorientasikan Tanah Melayu.
o Kandungan sukatan pelajaran yang seragam dan berciri tempatan serta bahasa pengantar yang sama dilaksanakan untuk memupuk persefahaman antara masyarakat berbilang kaum.

Nota ringkas….
1. Perintah berkurung-Undang-undang yang melarang seseorang individu kel;uar daripada rumah atau kediamana masing-masing dalam tempoh tertentu . Biasanya larangan keluar rumah bermula antara 6 petang hingga 6 pagi.

No comments: