Thursday, May 22, 2008

Bab 4

BAB 4 : KERJASAMA ANTARA KAUM KE ARAH KEMERDEKAAN
KE ARAH ARAH MENCAPAI PERPADUAN KAUM


Í Melalui penubuhan Community Liaison Committee (CLC) atau Jawatankuasa Hubungan antara Kaum, usaha untuk mencapai perpaduan antara kaum di Tanah Melayu telah dimulakan sejak tahun 1949.
Í Pihak British telah menegaskan bahawa kerjasama kaum mesti wujud jika Tanah Melayu ingin mendapatkan kemerdekaan.
Í Perkara ini sangat penting untuk menjamin kestabilan politik dan keharmonian masyarakat.
Í Bagi pihak British pula, keadaan ekonomi dan politik yang stabil akan mendorong pertumbuhan ekonomi dan pelaburannya di Persekutuan Tanah Melayu.

PENUBUHAN JAWATANKUASA HUBUNGAN ANTARA KAUM
Pada peringkat awalnya, hanya orang Melayu dan Cina yang menganggotai Jawatankuasa Hubungan antara Kaum (CLC).
Orang Melayu Yang diwakili oleh UMNO diketuai oleh Dato’ Onn Jaafar.
Orang Cina yang diwakili oleh Malayan Chinese Association (MCA) diketuai oleh Tun Tan Cheng Lock.
Mulai bulan Ogos 1949, CLC turut dianggotai oleh seorang wakil daripada keturunan India, Ceylon, Serani, dan Eropah.
Pengerusi CLC ialah Dato’ E.E.C. Thuraisingam manakala penasihatnya ialah Sir Malcom MacDonald, Gabenor Janeral Asia Tenggara.
Perundingan antara anggota CLC telah dijalankan selama hamper dua tahun.
Dalam rundingan tersebut, UMNO mengemukakan memorandumnya untuk mempertahankan ketuanan Melayu tetapi tuntutan itu telah ditolak oleh CLC.
Oleh itu, satu kompromi telah dibuat antara UMNO dan CLC sebagai tolak ansur kepada kebuntuan rundingan itu.
Beberapa perkara telah dipersetujui hasil daripada kompromi UMNO-CLC tersebut. Antaranya:
Syarat kerakyatan Persekutuan dilonggarkan.
Orang melayu diberi bantuan ekonomi dan pelajaran.
Pilihan raya akan diadakan pada masa yang sesuai di peringkat Majlis Bandaran, Negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan. (Pilihan raya merupakan proses memilih wakil ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri oleh penduduk dengan cara mengundi.0
Sistem pendidikan yang dibentuk akan mewajibkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Selepas tahun 1951, cadangan ini telah dilaksanakan.
Kesemua peersetujuan yang dicapai ini merupakan suatu kerjasama kaum untuk melahirkan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

KERJASAMA KAUM KEARAH BERKERAJAAN SENDIRI
Kerjasama kaum menjadi prasyarat bagi Persekutuan Tanah Melayununtuk mencapai kemerdekaan .
Oleh yang demikian , sejak tahun 1951 , dasar ini telah menjadi pegangan dalam setiap langkah kearah berkerajaan sendiri .

Sistem ahli
1. Sistem Ahli telah diperkenalkan pada tahun 1951 .
2. Sistem Ahli bertujuan melatih orang melayu dan kaum lain dalam pentadbiran tanah melayu .
3. Dato’ Onn Jaafar talah mencetuskan idea penubuhan Sistem Ahli dan idea ini disokong oleh pihak British dan raja-raja Melayu .
4. Sistem Ahli dilaksanakan dari bulan April 1951 hingga bulan Jun 1955 .
5. Yang berikut adalah cirri-ciri Sistem Ahli:
a. Wujudnya satu sistem cabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa orang pegawai dan tokoh masyarakat tempatan . Kabinet bayangan ialah satu sistem pentadbiran dengan berbentuk sebuah kabinet tanpa pilihan raya.
b. Anggota Sistem Ahli dikenali sebagai Ahli .
c. Perlantikan Ahli dibuat oleh pesuruhjaya Tinggi British dengan Pesetujuan Majlis Raja-Raja Melayu . Majlis Raja-raja Melayu ialah satu badan khas yang dianggotai oleh sultan dan raja-raja Melayu bagi membincangkan soal-soal yang berkaitan dengan pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu , kedudukan raja-raja , dan orang Melayu .
d. Ahli-ahli diletakkan dibawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British
e. Alinya terdiri daripada sembilan orang anggota iaitu lima orang penduduk Tanah Melayu dan empat orang peegawai britysh . Tiga daripada lima orang penduduk tanah melayu ialah orang Melayu , seorang Cina dan seorang India .

Antara tokoh-tokoh yang dilantik menjadi anggota Sistem Ahli ialah :
Dato Onn Jaafar- Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri (1951-1955)
Dato: Mahmud Mat- Ahli Tanah perlombongan dan perhubungan (1951-1954)
Tunku Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah – Ahli pertanian dan perhutanan (1951-1955)
Dato E.E.C Thuraisingam-Ahli Pelajaran(1951-1955)
Dr. Lee Tiang Keng – Ahli Kesihatan (1951-1954)

Bagi menunjukkan proses perpaduan kaum yang kukuh di Persekutuan Tanah Melayu wakil
UMNO , Tun Dr . Ismail Abdul Rahman dan wakil MCA , Tun H.S Lee telah dilantik untuk mengetuai Sistem ahli pada tahun 1955 .

Dato’ E.E.C Thuraisingam merupakan Presiden Persatuan Ceylonese Malaya.Tun Dr. Ismail Abdul Rahman ialah tokoh UMNO dan pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri .

Kelonggaran Syarat Kerakyatan Persekutuan
Jawatakuasa Hubungan Antara kaum yanag ditubuhkan pada tahun 1949 telah bercadang untuk melonggarkan syarat kerakyatan .

Tujuan kelonggaran syarat kerakyatan ini adalah untuk:
a. Menyeru golongan imigran supaya mencurahkan taat setia sepenuhnya kepada Persekutuan tanah melayu .
b. Mengelakkan golongan imigran daripada terus terpengaruh dengan parti komunis Malaya

Kelonggaran syarat kerakyatan ini dilakukan di peringkat persekutuan dan negeri
Syarat kaerakyatan dilonggarkan di peringkat persekutuan melalui tiga cara:
Í Secara kuat kuasa undang-undang – seseorang yang boleh menjadi rakyat mengikut undang-undang yang diluluskan
Í Secara permohonan - seseorang yang memohon perlu mengisi boring khas dan diluluskan oleh kerajaan
Í Secara naturilisasi – kerakyatan yang diberikan oleh british dan pemohon ialah orang yang dianggap telah berjasa kepada tanah melayu .

Nota ringkas….
1. Pilihanraya-proses memilih wakil ke ewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri oleh penduduk dengan cara mengundi.
2. Konferensi Nasional- Diadakan pada bulan Februari 1954 oleh pihak British
3. Konvensi Nasional- Diadakan pada bulan Ogos 1954 oleh UMNO
4. Kabinet Bayangan- Sistem pentabiran yang berbentuk sebuah kabinet yang dibuat tanpa pilihanraya
5. Majlis Raja-Raja-Badan khas yang dianggotai oleh sultan dan raja-raja melayu bagi membincangkan soal yang berkaitan dengan pentadbiran persekutuan , Tanah Melayu, Kedudukan raja-raja dan orang melayu


Berikut ialah syarat-syarat yang dilonggarkan

Cara
Syarat
Secara kuat kuasa undang-undang
Seseorang warganegara British dan koloni-koloninya yang dilahirkandi Negeri-Negeri Selat .
Seseorang rakyat raja di mana-mana negeri melayu
Secara permohonan
Seseorang warganegara British dan koloni-koloninya yang berumur 18 tahun .
Bersedia mengangkat sumpah taat setia kepada persekutuan .
Secara naturalisasi
Seseorang warganegara british dan koloni-koloninya telah menetap di megeri ini
Di peringkat negeri , kelonggaran syarat kerakyatan telah dibuat dan dikenali sebagai Kerakyatan Negeri1951.

Syarat Kerakyatan Negeri 1951 adalah seperti berikut :
Cara
Syarat
Secara kuat kuasa undang-undang
Orang asli di negeri-negeri melayu .
Seseorang Melayu yang dilahirkan di tanah melayu .
Seseorang bukan Melayu yang dilahirkan dinegeri tersebut dan salah seorang daripada ibu bapanya dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu .
Secara permohonan
Seseorang yang telah mencapai umur 21 tahun .
Berkelakuan baik .
Mengangkt sumpah taat setia kepada raja .
Melepaskan kewarganegaraan asal

Í Golongan imigran menjadi rakyat raja selain orang melayu dan orang asli .
Í Kerakyatan sesebuah negeri Melayu menjadi asas penting kerakyatan kebangsaan
Persekutuan Tanah Melayu .

Tukar ganti kepada kelonggaran kerakyatan Persekutuan dan Negeri pada tahun 1951 itu ,satu pertubuhan telah ditubuhkan iaitu Lembaga Pembangunan Industri Desa atau rural industrial development authority(RIDA)
a. RIDA ditubuhkan dengan tujuan yang berikut:
b. Membantu meningkatkan taraf ekonomi orang melayu .
c. Memujuk orang melayu supaya bersetuju dengan kelonggaran Kerakyatan Persekutuan dan Kerakyatan Negeri 1951 .

Nota ringkas….
1.Manifesto – Program atau perancangan parti politik yang menyertai pilihan raya. Program ini akan dilaksana jika mereka berjaya membentuk kerajaan
2. Secara kuatkuasa Undang-undang-seseorang boleh menjadi rakyat mengikut undang-undang yang telah dililuskan
3. Secara Permohonan- seseorang mengisi borang dan diluluskan oleh kerajan
4. Naturalisasi- Kerakyatan yang diberikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Pemohon adalah orang yang dianggap berjasa kepada Tanah Melayu
5.Koloni British- Hong Kong, Australia, New Zealand, India & Burma

Pembentukan Parti Perikatan

Í Parti Perikatan ditubuhkan untuk melahirkan kerjasama politik antara parti-parti politik pelbagai kaum .
Í Pemimpin parti UMNO , MCA , dan , MIC percaya bahawa penubuha parti perrikatan dapat mewujudkan perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum .
Í Parti perikatan telah dibentuk secara berperingkat mengikot keperluan politik semasa .
Í Pihak British menyokong kerjasama antara parti ini akan mewujudkan suasana ekonominya di Persekutuan Tanah Melayu akan terjamin .

Yang berikut adalah penubuhan Parti Perikatan secara berperingkat

Tahun 1952
i. UMNO Kuala Lumpur dan MCA Selangor bekerjasama dalam Pilihan raya Bandaran Kuala Lumpur .
ii. Pakatan ini memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan .
iii. Pemimpain utama UMNO dan MCA menyambut baik pakatan ini dan merundingkan pembentuken pakatan yang lebih besar di peringkat Taah Melayu

Tahun 1954
i. Konvensi Nasional diadakan .
ii. Perikatan UMNA –MCA dibentuk
iii. Demi memenangi pilihan raya negera , kerjasama ini diperluas ke seluruh Persekutuan Tanah Melayu

Tahun 1955
i. MIC menyertai Parti Perikatan .
ii. Parti Perikatan menyertai Pilihan Raya .
iii. Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan .


Dato’ Haji Noah , Tun Tan Cheng Lock , Tun Tan Cheng Lock , Tun Abdul Rahman merupakan antara tokoh penting yang berunding untuk mewujudkan persefahaman antara kaum bagi parti UMNO dam MCA .

Kesannya:
a. Mewujudkan perpaduan kaum di Persekutuan Tanah Melayu .
b. Menjadi senjata yan berkesan untuk menolak pengruh komunis dalam kalangan peduduk Tanah Melayu yang mengancam perkembangan ekonomi sejak tahun 1948 .
c. Melemahkan pengaruh Parti Komunis Malaya .

Pilihan Raya Majlis Bandaran
Ahli-ahli Majlis Bandaran dipilih melalui pilihan raya oleh penduduk Bandar berkenaan sebelum merdeka .
Pilihan Raya Majlis Bandaran yang pertama telah diadakan pada tahun 1951 .
Tujuan utama pilihan raya ini adalah untuk memberi peluang kepada penduduk tempatan menjalankan tanggungjawab mereka kearah berkerajaan sendiri .
Pilihan Rya Majlis Bandaran telah diadakan di setiap Bandar besar bagi seluruh negeri persekutuan tanah melayu .
Disember 1951 , Pilihan Raya Majlis Bandaran yang pertama diadakan di George Town , Pulau Pinang .
Parti Radikal memenangi 6 daripada 9 kerusi.
Febuari 1952 , Pilihan Raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur diadakan

Pilihan Raya Negeri -1954 , Pilihan Raya Negeri di beri peluang bagi memilih kerajaan
-UMNO-MCA memenangi 226 daripada 268.

Pilihan Raya majlis perundangan Persekutuan
British menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Raya pada tahun 1954 .
Pegawai Kanan British dan Wakil Parti Politik telah menganggotai jawatankuasa ini .
Peruntukan 100 kerusi .
52 kerusi pilihan raya 48 MPP .
Parti Perikatan menolak dan menuntut tiga per lima ahlinya dipilih melalui pilihan raya .
Tuanku Abdul Rahman pergi ke London meminta kerusi lebuh tetapi gagal
MPP diadakan pada 27 julai 1955
Kempen dimulakan pada 15 Julia1955
Manifesto telah dikeluarkan
Mencapai kemerdekaan dalam tempoh 4 tahun
Mewajibkan pendidikan rendah
Melindungi hak rja-raja melayu
Menamatkan darurat .
Parti perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi
Usaha Parti-parti Politik Mewujudkan Perpaduan Kaum.

1.Beberapa buah parti telah ditubuhkan sebagai usaha untuk mewujudkan perpaduan kaum. Antaranya:
a) Inependence of Malaya Party (IMP).
b) Parti Negara.
2. Sebagai usaha untuk melahirkan kerjasama politik, Konferensi Nasional teleh diadakan . oleh Menteri
Besar, pihak British, dan Parti Negara
3.Konferensi Nasional diadakan pada bulan Febuari 1954 oleh pihak British.
4.Walau bagaimanapun, parti-parti lain yang berasaskan kaum tertentu kemudiannya telah bekerjasama
menubuhkan Perti Perikatan
5..Antara parti-parti yang terlibat ialah:
a) UMNO
b) MCA
c) MIC
6...Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) turut bekerjasama dengan UMNO dalam Konvensi . Nasional
7.Konvensi Nasional diadakan pada bulan Ogos 1954 oleh pihak UMNO.
8.Konferensi Nasional dan Konvensi Nasional merupakan medan perbincangan pelbagai parti politik.
9..Dalam perbincangan tersebut, pelbagai masalah telah dibincangkan. Antaranya ialah:
a) Mencari jalan bagi merealisasikan perpaduan kaum.
b) Membincangkan peri pentingnya mengadakan pilihan raya.
10.Yang berikut ialah parti-parti politik yang berusaha mewujudkan perpaduan kaum.
11.Demi kemerdekaan Tanah Melayu, kesemua parti tersebut telah berusaha untuk mewujudkan
perpaduan kaum.
12.Usaha murni para pemimpin parti tersebut merupakan usaha awal untuk melahirkan dasar kerjasama
kaum dalam politik Tanah Melayu.
13.Terdapat dua pemimpin yang penting dalam usaha mewujudkan perpaduan. Mereka ialah:
a) Dato’ Onn Jaafar – tokoh politik yang paling awal menyedari kepentingan kerjasama pelbagai kaum dalam sebuah parti iaitu IMP
b) Tunku Abdul Rahman – Tokah yang telah memulakan kerjasama pelbagai parti dalam sebuah gabungan parti politik yang besar iaitu Parti Perikatan.
Mutiara kata…… Kejayaan, kemenangan hanyalah milik orang yang berusaha.

Nama Parti
Tahun Penubuhan
Pemimpin Utama
Usaha Mewujudkan Perpaduan
UMNO
1946
Dato’ Onn Jaafar




· Membuka keahlian UMNO kepada orang bukan melayu.
· Melonggarkan syarat kerakyatan Persekutuan dan Negeri.
· Mencadangkan penubuhan Sistem Ahli.
TunkuAbd Rahman
Menubuhkan Parti Perikatan
MCA
1949
Tun Tan Cheng Lock
· Memberi sokongan terhadap perjuangan Dato’ Onn Jaafar dan IMP berkaitan kerjasama dalam sebuah parti.
· Memberi semangat kepada Tunku Abdul Rahman untuk membentuk Parti Perikatan.
MIC
1946
K.L Devaser
· Memberi sokongan terhadap perjuangan Dato’ Onn Jaafar dan IMP berkaitan kerjasama dalam sebuah parti.
· Memberi sokongan kepada Tunku Abdul Rahman untuk membentuk Parti Perikatan.
PAS
1951
Haji Ahmad Fuad
· Membuka keahlian parti kepada semua orang islam tanpa mengira bangsa.
IMP
1951
Dato’ Onn Jaafar
· Mengutamakan konsep kerjasama kaum dalam satu parti.
· Membuka keahlian parti kepada semua kaum.
Parti Negara
1954
Dato’ Onn Jaafar
· Membuka Keahlian parti kepada semua kaum.
· Menerima kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli dengan syarat ibu atau bapa telah menjadi warganegara Tanah Melayu.
· Menegakkan konsep kerjasama kaum dalam satu parti.
Pendidikan Alat Perpaduan

Tujuan mewujudkan system pendidikan adalah untuk:
a) Melahirkan perpaduan dalam kalangan generasi muda Persekutuan Tanah Melayu.
b) Menyatukan rakyat Tanah Melayu dengan perasaan taat setia yang tidak berbelah bahagi.
Terdapat lima jenis system sekolah sebelum Negara kita mencapai kemerdekaan, iaitu:
a) Sekolah Agama Islam
b) SekolahVernakular Melayu.
c) Sekolah Vernakular Cina.
d) Sekolah Vernakular Tamil.
e) Sekolah Aliran Inggeris.

kesan daripada kewujudan sekolah-sekolah ini:
Í Timbulnya perbezaan politik, ekonomi, dan sosial sehingga menghalang perpaduan.
Í Setiap kaum terpisah mengikut kebudayaan masing-masing.
Í Tiada bahasa kebangsaan yang boleh menyatukan kaum-kaum ini..
Setiap system pendidikan yang dinyatakan mempunyai perbezaan yang ketara dalam semua aspek.
Oleh itu, semangat bersatu padu dan bersefahaman antara murid tidak dapat dilahirkan.
Keadaan ini adalah sangat berbahaya kapada sesebuah Negara yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa atau majmuk yang sedang berusaha mendapatkan kemerdekaan.
Demi merapatkan jurang perbezaan pendidikan dan membentuk semangat perpaduan da lam kalangan penduduk Tanah Melayu, beberapa langkah telah dijalankan.
Salah satu langkah adalah mengeluarkan laporan pelajaran, iaitu satu dokumen yang menjadi panduan kerajaan menjalankan dasar pendidikan Negara.
Laporan ini memberi cadangan untuk melahirkan system pendidikan kebangsaan Tanah Melayu supaya setiap murid dapat belajar menerusi system pendidikan yang sama.
10. Sistem pendidikan kebangsaan ialah satu cara pengendalian system pendidikan yang menekankan

Ciri-ciri sekolah pada tahun 1950-an:

Jenis sekolah

Huraian
a) Sekolah Agama Islam
Terdiri daripada sekolah pondok, madrasah, sekolah agama rakyat dan sekolah agama.
Bahasa Melayu atau Bahasa Arab dijadikan bahasa pengantar.
Dibiayai sendiri oleh orang islam.
Bebas daripada kawalan British
Mempunyai pengajian peringkat rendah dan menengah.
Berpeluang melanjutkan pelajaran ke Indonesia, Mesir, dan India.
b)Sekolah Vernakular Melayu.
Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar.
Dibiayai British
Pengajian hanya diperingkat sekolah rendah
Dibina di luar Bandar.
Persekitaran belajar yang daif
Tidak berpeluang menjawat jawatn tinggi.
c) Sekolah Vernakular Cina
Ditubuhkan sejak akhir abad ke-19.
Ditubuhkan oleh pihak persendirian dan parti politik.
Sukatan pelajaran, tenaga pengajar, dan buku teks dibawa dari Negara China
Bertujuan mengekalkan identity kecinaan di tanah melayu
Berkemband pesat sebagai institusi ilmu , budaya, dan bahasa Cina diseluruh Tanah Melayu dan Singapura.
d)Sekolah Vernakular Tamil
Ditubuhkan oleh pihak estet sebagai satu tanggungjawab social.
Sukatan pelajaran berorientasi system pendidikan India.
Guru yang mengajar juga dibawa masuk dari India.
Pengajian hanya di paringkat Sekolah Rendah sahaja.
Kurang mendapat sambutan kerana ibu bapa lebih suka anak mereka membantu kerja-kerja di ladang.
Tidak mempunyai peluang untuk mendapat pekerjaan yang bergaji lumayan.
e) Sekolah Aliran Inggeris
Ditubuhkan sejak abad ke- 19
Bahasa pengantar ialah bahasa inggeris.
Diambil alih oleh kerajaan British kerana keperluan tenaga pekerja rendah disektor kerajaan dan swasta
Didirikan di Bandar-bandar sahaja.
Murid boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat kolej dan universiti di dalam dan luar Negara.
Berpeluang menjawat jawatan tinggi.
Dipandang tinggi oleh masyarakat.

Yang berikut adalah cadangan laporan pelajaran tanah melayu:
a) Laporan Barnes 1951
i. Pendidikan sekolah rendah diwajibkan.
ii. Sekolah rendah menggunakan bahasa melayu dan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar
iii. Sekolah menengah menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar.


Laporan Fenn-Wu 1951
i. Menolak system pendidikan cadangan Laporan Barnes kerana mahu terus mengekalkan system pendidikan Vernakular Cina.
b) Ordinan pelajaran 1952
i. Pendidikan sekolah rendah adalah wajib.
ii. Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
iii. Sekolah Menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

c) Laporan Razak 1956
i) Mengadakan system sekolah umum dengan menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah dan menengah.
ii) Mengadakan sekolah jenis umum dengan menggunakan bahasa cina bahasa tamil, dan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar,
iii) Pendidikan rendah adalah wajib
iv) Mengadakan sukatan pelajaran, system peperiksaan , latihan perguruan dan system nazir yang sama.

4 comments:

Mariam said...

tumpang baca dan ambil nota..

Unknown said...

Nota yang sangat membantu. Saya minta izin nak ambil nota ya.Terima kasih.

Innosphere said...

Terima Kasih atas nota


Unknown said...

terima kasih atas nota ni....nota ni kene buat folio sej....